Cuaca

Saturday, October 30, 2010

Perambut Laut Dalam

Perambut Laut Dalam
Ada 2 jenis perambut yang selalu diamalkan oleh para pemancing laut dalam amnya untuk pancingan dasar. Mungkin kaedah di lain tempat berbeza tetapi mungkin juga boleh dicuba di tempat anda.
1. Perambut Satu Mata

Perambut ini digunakan selalunya pada waktu malam untuk menundukkan spesis-spesis bagak tetapi boleh digunakan juga pada waktu siang. Tanduk atau ranggung atau spreader sama ada dibuat sendiri atau dibeli digunakan supaya perambut tidak berbelit di tali utama.
2 jenis spreader yang biasa digunakan.
Swivel diikat pada tali utama dan spreader disangkutkan pada swivel. Batu ladung saiz 12-14 dri jenis snapper sinker (buah kana) digunakan supaya cepat sampai ke dasar. Perambut yang diikat kepada hujung spreader selalunya antara 2-3 depa berkekuatan antara 60-150lbs bergantung kepada spesis yang disasarkan dan keadaan dasar. Perambut yang agak kuat digunakan terutamanya untuk mengelakkan putus apabila bergeser dengan batu karang ketika ikan membawa lari umpan. Mata pancing yang digunakan selalunya antara saiz 4/0-6/0 atau lebih besar.

2. Perambut dua mata atau lebih (paternoster)
Boleh disambungkan 2 atau 3 mata atau lebih.

Selalunya perambut ini digunakan khususnya pada waktu siang untuk memburu ikan-ikan yang sederhana besar seperti kerapu, merah, jenahak dan sebagainya yang bergerak dalam kumpulan besar. Perambut ini seperti juga jenis apollo yang dibuat sendiri. Tali berkekuatan 40-60lbs selalunya digunakan dan batu ladung diikat di bawahnya. Pelbagai jenis ikatan boleh digunakan untuk menyambung cawangan perambut itu bergantung kepada minat dan kesesuaian. Ada sesetengah pemancing yang menyediakan perambut awal-awal lagi di rumah dan membuat satu ikatan atau jalinan yang kemas dan cantik. Tetapi, saya lebih suka membuat ikatan yang mudah dan ringkas di bot sebelum melabuhkan umpan. Perambut utama biasanya sepanjang dua depa dan setiap cawangan lebih kurang sehasta.
Jalinan tali cawangan pada perambut yang dijalin kemas tetapi mengambil sedikt masa untuk disiapkan.

No comments:

Post a Comment