Cuaca

Saturday, October 30, 2010

ASAS UNTUK MEMANCING DI LAUT DALAM

Copy dari Web Pnet.

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya, artikel yg tak seberapa ini akan membantu tuan-tuan dalam merealisasikan impian tuan2 untuk memancing di laut dalam dari aspek persediaan.

Persoalan dalam topik ini ialah ttg apakah persediaan yg diperlukan oleh pemancing yg ingin memancing di laut dalam dari aspek umpan, kekili, joran, tali, batu ladung, perambut mahupun teknik2 dan masa yg terbaik? Persoalan sebegini amat sering diketengahkan oleh para pemancing yg novice atau beginner.




Umpan - macam-macam jenis umpan boleh digunakan. Tetapi ada kalanya umpan2 tersebut amat diklasifikasikan mengikut spesis ikan. Ada juga umpan yang universal bagi sekelompok spesis ikan. Jenis umpan yg terbaik ialah bekalan dari ikan segar atau hidup yang diperolehi atau dipancing (menggunakan teknik appolo) ketika dlm perjalanan ke destinasi/spot, atau membelinya di pasar atau di jeti dari nelayan yg baru pulang dari menangkap ikan di laut. Hendaklah diketahui, bahawa umpan-umpan ini merupakan satu module utama bagi menentukan kejayaan sesebuah misi pemancingan kerna atas kesegarannya akan menentukan keberkesanannya. Antara jenis umpan yg dianggap universal di laut dalam ialah ikan pelaling,  ikan tongkol, ikan kembong, anak ikan alu-alu dan sotong pasar. Pastikan jumlah umpan2 ini mencukupi utk tempoh dan jumlah pemancing dlm sesuatu trip. Pengalaman saya dalam menyediakan umpan bagi sesuatu trip seperti berikut: jika 10 pemancing utk trip 3h2m, sekurang2nya sotong pasar perlu disediakan sejumlah 3 ke 4kilo seorang. Manakala umpan ikan 2kilo seorang.


Tekong sedang memilih umpan - alu-alu

Kekili - Secara lumrahnya, memancing laut dalam bukan saja pancingan dasar diutamakan malah beberapa teknik yg lain juga turut dipraktikan antaranya teknik hanyut, casting, jigging, popping dan tundaan atau kenali sebagai teknik troling. Oleh yg demikian, kesenua teknik2 tersebut, memerlukan kekili yg berbeza dlm spesifikanya. Seperti contoh, set untuk dasar/bottom, set multiplier bersiri 30 keatas seperti jenama Shimano model TLD30, TLD50 atau jenama Penn model Penn International TLD30 dan TLD50. Model2 ini berupaya menyimpan tali utama/mainline sepanjang 250 meter keatas dgn diameter 0.35mm ke atas. Namun begitu, anda tidak perlu menyimpan tali sehingga 300 meter kerna memadai dgn kepanjangan 250 meter disebabkan kedalaman perairan di Malaysia tidak sedalam itu. Jenama2 lain seperti Abu Garsia Big Game, Okuma, Tica, Daiwa juga boleh digunakan asalkan bersaiz seperti yg dinyatakan sebelum ini. Daiwa Sea_Line 50 multiplier pun tidak kurang hebatnya! Dewasa ini, ramai penggemar laut dalam memiliki kekili eletrik. Kekili ini sangat membantu. Anda boleh mencubanya bila sampai masa untuk anda berjinak2 dgn kekili ala robotic ini! Grin




Kekili eletrik


Anda perlu menyediakan bateri utk menghidupkan kekili eletrik anda!!




Kekili manual

Joran/Rod - Untuk pancingan dasar dan pancing tundaan/trolling, adalah sesuai jika anda menyediakan rod dgn kepanjanagan 5.5 kaki hingga 6.5 kaki dengan performance 30/80lb (bottom), 50/80lb (trolling) yg mana rod2 ini menyamai kekuatan PE4 hingga ke PE8. Antara model2 yang mampu dibeli ialah seperli Daiwa big game, lemax, okuma dimana harganya boleh dikategorikan 'mampu dibeli' dan workable.

Seandainya anda meminati teknik ber'jigging', gunalah rod yg mempunayi kekuatan performance dari PE3 hingga ke PE5 dgn kepanjangan rod sepanjang 5 ke 6 kaki adalah sangat sesuai untuk bermain dgn ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh di bawah had berat 15kg. Jikalau ikan GT yg bersaiz besar atau saiz XXL eloklah menggunakan rod yg berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang rod yang sama. Hakikatnya, teknik ber'jigging' dan ber'popping' boleh menggunakan perambut yg kasar baik siang ataupun malam tanpa ragu dan bimbang dari permasaalahan. Satu lagi perkara yang merujuk tentang teknik memancing ialah jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail 1/0 di depan dan 3/0 @ 4/0 di hujungnya. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh adalah karang tinggi.


Set jigging






Set2 yang digunakan untuk memancing tenggiri menggunakan teknik 'berhanyut' dan gambar terakhir menggunakan teknik ber'jigging'.

Seandainya anda meminati teknik ber'popping', rod 6 kaki sangat sesuai untuk anda membuat lontaran jauh. Disamping itu, sediakan sebatang rod sebagai selingan yg berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing menggunakan teknik apollo (cari umpan ikan hidup atau sotong hidup). Popper juga memainkan peranan sebagai umpan utk teknik ber'popping'. Pastikan anda memiliki popper2 yang sesuai utk sesuatu spot. Guna dan praktiklah teknik 'ujikaji' bagi pelbagai jenis popper atau jig dlm sesuatu spot bagi mendapatkan keserasian antara mangsa dan umpan! Grin


Kelengkapan untuk ber'jingging' dan ber'popping'.

Mengenai penggunaan tali, perkara yang paling penting utk memilih tali saiz tali tersebut kerna saiz mempunyai hubung-kait dgn kapasiti atau had muatan di dlm kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya kekili tersebut. Amnya, mainline/tali utama utk pancingan dasar dan menunda/trolling adalah sekitar 80lb hingga 100lb utk mainline 'tangsi/mono'. Anda juga boleh menggunakan tali sulam/braided yg mempunyai performance 60lb ke 80lb utk pancinagn bottom dan tunda. Diameter utk tali sulam adalah lebih kecil dari tali tangsi tetapi memikul kekuatan yg lebih kuat dari tali mono yg berkekuatan lebih dari tali sulam. Manakala jenis kekili yg digunapakai utk aktiviti ber'jigging' dan ber'popping' pula, perlulah disuaikan dengan tali sulam 50lb hingga 80lb dan disambung dengan tali tangsi/mono yg ber'performance' antara 80lb hingga ke 100lb sepanjang 2.5 hingga 3 meter atau lebih kurang 2 depa lebih utk dijadikan 'rig' atau perambut dan berfungsi sebagai alat serap kejutan atau dikelnali sebagai 'shock leader'. Ada pelbagai jenis tali perambut/shock leader dijual dipasaran. Jenis-jenis perambut seperti perambut appolo, perambut hanyut (guna tanduk), perambut bercabang 2, perambut tenggiri, perambut karang, perambut ebek dan yg lain2.

Pastikan juga setiap trip laut dalam anda memiliki set perambut yg dibawa ber'performance' 30lb hingga ke 100lb dan tidak kira apa jenama atau harganya sekalipun. Jarak dlm ukuran membina sesuatu perambut untuk pancingan dasar adalah 2 hingga ke 3 depa diikat pada 2 mata kail yg bersaiz 1/0 di depan dan 3/0 atau 4/0 di hujungnya. Kalau satu mata sahaja gunalah mata kail bersaiz 4/0 atau 5/0. Teknik perambut appolo 2 mata digunakan jika spot tersebut berlabuh dikawasan karang tinggi.....(tempat merah dan kerapu berpenghuni!!)

Gunakanlah perambut yg berwarna cerah atau ada sedikit warna kebiruan serta kehijauan (yg sering dikirim oleh rakan2 jika memancing di Ko Adang Thailand). Pendek kata, perambut yg seakan-akan2 warna air. Ada juga yg menggunakan perambut yg berbagai warna iaitu merah, coklat, kuning dan biru dimana warna2 ini digabungkan dlm satu tali. Saya dan rakan2 pernah menggunakan perambut ini semasa memancing di Pelantar Minyak Dungun. Hasilnya, ilhamdulilah. Dan ada juga pemancing yg gemar menggunakan perambut yg keras dan sebaliknya. Tapi kedua-duanya boleh diguna-pakai asalkan perambut tersebut tahan terhadap kejutan, tak senang kerinting, tahan calar atau bersimpul. Jika ini berlaku semasa ikan sedang frenzy, maka putih matalah anda disaat itu! Ada juga perambut yg di namakan 'perambut hantu' dimana ianya memiliki tahap penglihatan yg amat rendah atau tiada langsung kelihatan di dalam air yg dikenali sebagai 'zero visibility'. 'Perambut hantu' ini mahal harganya. Ada juga menggunakan tali jenama seahawk atau eagle yg murah dijual dipasaran dan jgn sesekali memandang rendah tali perambut ini kerna walaupun ianya murah tetapi ternyata telah memberi kepuasan kpd sesetengah pemancing. Hanya anda yg akan menentukan yg mana satu yg anda ingin beli dan jangan lupa....periksa jumlah RM di dlm bag duit anda sebelum membelinya!!

Satu lagi 'equipment' yg perlu diambil kira utk memancing di laut dalam- iaitu 'batu ladung'. Ada banyak aspek yg perlu diketahui dlm penggunaan batu ladung ini. Antaranya ialah hubungan dan kaitannya antara lokasi dan arus. Negara Malaysia mempunyai beberapa pantai. Antaranya Pantai Barat dan Pantai Timur. Kedua2 perairan pantai ini mempunyai struktur bumi yg berbeza. Pantai barat lebih sempit dari pantai timur. Kalau di Pantai Barat, had maksimum saiz batu ladung yg biasa digunakanialah bersaiz no:32 atau berat metrik 1.5kg. Manakala di Pantai Timur pula had maksimum saiz batu ladung ialah no:24 atau berat metrik 1kg. Berbezaan ini disebabkan perbezaan arus di Pantai Barat lebih laju/deras berbanding di Pantai Tmur kerna laluan yang sempit seperti yg saya nyatakan sebelum ini. Begitu juga halnya di Sabah dan Sarawak, dimana arus lautnya lebih kurang sama seperti Pantai Timur Semenanjung kerna ianya berada di kawasan yang sama – iaitu di Laut China Selatan.



Kebiasaanya, memancing di laut hanya perlu membawa batu ladung mati yg bersaiz dari saiz 8 hingga ke no:24 atau no:32 jika memancing di Pantai Barat. Berapakah jumlah yg perlu dibawa? Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada masa memancing dan yang penting ialah sentiasa mempunyai batu ladung tambahan sebagai langkah keselamatan jika berlaku tali pancing sangkut atau putus akibat dari gigitan ikan, terkena karang yg tajam, tersimpul dgn tali rakan2 yg terpaksa diputuskan atau kehilangan yg tak diduga!


Jika ditanya pada masa bilakah sesuai utk turun memancing di laut? Terus terang saya katakan bahawa ramai yg tidakboleh memberimaklumat yg tepat kerna ianya berhubung rapat dgn lokasi yang bakal anda pancingi. Lebih baik jikalau kita minta pandangan dan maklumbalas dari kaki2 pancing yg pernah berkunjung di kawasan tertentu atau dapatkan info dari tekong yang bakal kita gunaka perkhidmatanya. Kalau dari segi masa pula, ikan lebih aktif dan galak memakan umpan diwaktu malam dan pada setiap kali berlaku perubahan arus yakni setiap 3 ke 4 jam. Ketika ketiadaan arus, ikan biasanya bersifat pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah. Jadi, jgn marah dan gusar jika umpan anda tidak dijamah!! Utk jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut untuk satu-satu lokasi yang bakal anda kunjungi. Kadang2 kita akan berhadapan dgn lauatan yg tenang seperti di tasik. Kadang2 bergelora seketika dan 'oleng' kiri dan kanan. Maka bersedialah batu ladung yg sesuai di ketika ini!!


Satu pemandangan ketika air laut tenang - Sarawak trip 2009.

Anda juga perlu tahu untuk menyediakan perambut appolo bagi memancing ikan-ikan selar, tamban, tongkol atau kembong. Atau dengan erti kata lain, kita biasa membelinya di kedai pancing dengan harga RM1.50 ke RM3.00 sebungkus. Ada pelbagai warna dan saiz. Namun begitu, kebanyakan nelayan pantai timur dan selatan, mereka menggunakan perambut appolo yang dibuat sendiri. Saya ingin berkongsi dgn anda semua tentang pembinaan perambut appolo ini...

Bilakah waktu yg paling baik untuk kita memancing di laut dalam?
- Kebiasaannya ialah waktu petang membawa ke senja sebelum tenggelamnya matahari
- Tengah malam serta awal pagi sebelum terbit fajar.
- Awal pagi atau subuh
- Sesudah subuh dari jam 8am hingga 11am

Panduan Asas perambut




Perambut Laut Dalam

Perambut Laut Dalam
Ada 2 jenis perambut yang selalu diamalkan oleh para pemancing laut dalam amnya untuk pancingan dasar. Mungkin kaedah di lain tempat berbeza tetapi mungkin juga boleh dicuba di tempat anda.
1. Perambut Satu Mata

Perambut ini digunakan selalunya pada waktu malam untuk menundukkan spesis-spesis bagak tetapi boleh digunakan juga pada waktu siang. Tanduk atau ranggung atau spreader sama ada dibuat sendiri atau dibeli digunakan supaya perambut tidak berbelit di tali utama.
2 jenis spreader yang biasa digunakan.
Swivel diikat pada tali utama dan spreader disangkutkan pada swivel. Batu ladung saiz 12-14 dri jenis snapper sinker (buah kana) digunakan supaya cepat sampai ke dasar. Perambut yang diikat kepada hujung spreader selalunya antara 2-3 depa berkekuatan antara 60-150lbs bergantung kepada spesis yang disasarkan dan keadaan dasar. Perambut yang agak kuat digunakan terutamanya untuk mengelakkan putus apabila bergeser dengan batu karang ketika ikan membawa lari umpan. Mata pancing yang digunakan selalunya antara saiz 4/0-6/0 atau lebih besar.

2. Perambut dua mata atau lebih (paternoster)
Boleh disambungkan 2 atau 3 mata atau lebih.

Selalunya perambut ini digunakan khususnya pada waktu siang untuk memburu ikan-ikan yang sederhana besar seperti kerapu, merah, jenahak dan sebagainya yang bergerak dalam kumpulan besar. Perambut ini seperti juga jenis apollo yang dibuat sendiri. Tali berkekuatan 40-60lbs selalunya digunakan dan batu ladung diikat di bawahnya. Pelbagai jenis ikatan boleh digunakan untuk menyambung cawangan perambut itu bergantung kepada minat dan kesesuaian. Ada sesetengah pemancing yang menyediakan perambut awal-awal lagi di rumah dan membuat satu ikatan atau jalinan yang kemas dan cantik. Tetapi, saya lebih suka membuat ikatan yang mudah dan ringkas di bot sebelum melabuhkan umpan. Perambut utama biasanya sepanjang dua depa dan setiap cawangan lebih kurang sehasta.
Jalinan tali cawangan pada perambut yang dijalin kemas tetapi mengambil sedikt masa untuk disiapkan.

Kaedah Penyediaan Perambut Konvensional

Sebenarnya diagram ni aku copy dari blog rakan-rakan yang lain..ni diantara perambut-perambut yang aku biasa gunakan untuk kaedah memancing di laut ni.Dan ada juga aku gunakan perambut ni dimana juga dirasakan sesuai. al maklumla aku ni pun main try and error je penggunaan perambut ni.maka kat sini cuma cadangan bagi penggunaan perambut bagi situasi-situasi yang selalu aku laksanakan..



Klau perambut ni, aku panggil perambut batu hidup. selalunya aku gunakan untuk pancingan dikawasan berarus atau casting umpan..klau kita main peram dikawasan yang berarus perambut ini sesuai digunakan..panjang swivel ke mata juga mengikut kesesuian padang pancing.jikalau air sedikit keruh bolehla kita gunakan kurang dari 50cm dan sekiranya air jernih bolehla kita gunakan panjang perambut melebihi 2 meter..ada kalanya aku balun sampai 5 atau 6 depa dengan penggunakan tali florocarbon.dan sekiranya dikuatiri ikan dapat memutuskan perambut elokla sejengkal dua leader dihadapan disambung menggunakan wire@steel leader untuk elak dikecewakan. Dan penggunakan batu ladung mengikut kesesuaian arus.jikalau arus deras bolehla kita gunakan ladung bersaiz 8 keatas dan begitu la jika sebaliknya. Kadangkala aku gunakan kaedah ni untuk pancingan sungai juga. Disana aku gunakan perambut yang kurang 30cm untuk memudahkan balingan ketengah sungai..


Ni pulak perambut drifting (main di pertengahan kedalaman air) atau bottom(tenggelam sepenuhnya) dengan penggunaan batu mati..penerangan panjang perambut juga seperti diatas. kadangkala aku gunakan tanduk untuk memisahkan main line dengan leader untuk mengelakkan leader bersimpul ketika umpan diturunkan secara laju dari atas bot.


Dan dua perambut diatas ni pula aku panggil perambut apollo dengan batu ladung mati dihujung perambut.Kaedah pancingan Bottom. Biasanya klau pancingan dilaut aku modified sikit sambungan bahagian main leader ke hook leader dengan penggunaan manik dan sambungan hanya menggunakan swivel.ini bagi memudahkan hook leader mudah berpusing mengikut arah arus laut.manik tu berfungsi lebih kurang macam bearing la.Gambar seperti dibawah.
selain itu hook leader juga mudah dibuka dan diganti ketika ikan sedang frenzy dibawah.Klau kita dapati lubuk tu dipenuhi dengan ikan yang kasar-kasar adalah lebih baik jarak antara 2 leader hook tu dijauhkan lebih 50cm untuk mengelakkan tali bersimpul bila 2 strike berlaku serentak.


Untuk pancingan ikan sesaiz kecil atau sederhana memadai kita menyediakan perambut ni dengan main leader dan hook leader menggunakan drooper loop sahaja. mudah, cepat dan kuat. sekadar 2 ikatan drooper loop ditengah main leader perambut apollo ni telah siap dilaksanakan.

Mungkin ada teknik-teknik mudah dari rakan-rakan lain, tapi cuma teknik-teknik ni yang selalu dipraktikkan oleh aku apabila turun ke laut..

Petua Perambut memancing di Laut.(Pengalaman sahaja)

COPY FROM OTHER BLOG

Assalamualaikum, perambut ni memainkan peranan penting didalam arena memancing. Perambut ni adalah kaedah-kaedah atau teknik-teknik persembahan umpan yang mempunyai kombinasi perambut, mata kail dan batu ladung.
Ni diantara Contoh perambut wajip ketika turun memancing. Perambut Apollo namanya. Selain perambut yang dinyatakan diatas ada beberapa perambut yang aku praktikan ketika turun memancing..Ini penting kerana perambut atau kaedah memancing ini akan dipengaruhi oleh lokasi memancing, jenis ikan yang dicari, waktu memancing malam atau siang, keadaan memancing contohnya kejernihan air, arus dan sebagainya. mari kita kupas satu persatu faktor-faktor yang mempengaruhi perambut atau kaedah memancing ni..


Lokasi Memancing dan keadaan memancing pada ketika situasi seperti dibawah..

1. Karang, pantai atau tempat yang selalu sangkut
Selalunya di lokasi macam ni saya suka guna perambut dengan batu hidup. Tapi penggunaan perambut harusla lebih kecil dari tali utama, ini dapat mengelakkan kita kerugian batu dan pin apabila perambut putus pada kebiasaan nya perambut 30ld ke 50 lb digunakan.

Dan panjang perambut bergantung kepada keadaan arus, balingan dan kejernihan air. Jika arus deras, tidak perlu balingan yang jauh dan air yang jernih bleh la guna perambut panjang lebih 1m ini kerana arus deras akan membawa umpan kebelakang dengan cepat dan seterusnya mengurangkan risiko tali bersimpul, selain itu air yang jernis akan menyebabkan ikan culas untuk memakan umpan makan perambut panjang lebih 1m dapat mengurangkan risiko ni.

Dan jika arus perlahan, perlu balingan jauh dan air tak berapa jernih boleh la gunakan perambut kurang 1m.ini kerana balingan yang jauh hanya merisikokan perambut bersimpul bila mencecah air.

2, Jenis ikan.
Ikan seperti tenggiri, Geropoh, alu-alu, Belitung, aruan tasik dan beberapa ikan pemangsa yang lain selalu bermain diantara pertengahan dan diatas permukaan air.. sekiranya jenis ikan ini yang dicari elokla menggunakan kaedah drifting jika arus laju atau flooting jika arus kurang laju. dengan perambut yang panjang sekurang-kurangnya 3m atau 3 depa atau lebih.

Dan jika ikan seperti ikan kerapu, ikan merah, jenahak, bayan atau sewaktu dengan nya(ikan sisik) elokla kaedah bottom dipraktikan.

3. Waktu Memancing.
Sekiranya kita memancing pada watu siang adalah lebih baik menggunakan leader bersaiz halus 3olb - 50lb ini bagi mengelakkan ikan terperasan perambut yang digunakan dan jika pancingan malam boleh perambut kasar digunakan. lazimnya ikan kasar akan bergiat aktif diwaktu malam.

4. Kejernihan air,
Sekiranya air jernih elokla mengurangkan aksesori atau jenis ikatan. Ini dapat mengurangkan kepekaan ikan keatas perambut yang digunakan. Gunakan perambut panjang melebihi 1 m sekiranya perlu. Gunakan umpan yang betul-betul cergas atau berkeadaan baik. Selalunya umpan mati tak dilayan.

Dan sekiranya kadar kejernihan iar merosot atau sedikit keruh, elimen-elimen seperti bau dan penglihatan adalah penting. Gunakan umpan yang besar, berbau darah ikan(Jika umpan ikan mati digunakan buat kelaran dibadan) dan faktor perambut pendek tidak menjadi masalah.

5. Arus.
Sekiranya arus laju bolehla kita menggunakan perambut yang panjang. ini kerana arus akan membawa umpan kebelakang dan sekiranya arus perlahan cukupla menggunakan perambut kurang 1m. ini bagi mengelakkan perambut bersilpul dibawah.

Selain itu mungkin ada banyak faktor lagi yang memainkan peranan penting didalam penyediaan kaeadah dan perambut memancing ni. Diantaranya yang lain-lain seperti suhu air, cuaca, kadar kemasinan air dan lain-lain kajian yang lebih bersifat sains masih belum diterokai lagi mungkin aku perlu banyak menuntut dengan para sifu diluar sana.

Umpan Bulu Tali Rapia

NI COPY DARI BLOG LAIN


Salam..disebabkan ramai rakan yang ingin mencuba umpan bulu ni, maka aku cuba menerangkan serba sedikit kaeadah-kaedah pembuatannya mengikut intepritasi@ pemahaman aku semasa menggunakan umpan ni di pelantar minyak tempoh hari..mana tidaknya pada ketika tu semua umpan bulu ni disediakan oleh organizer Zul GT Bangi.

Langkah 1
Bermula dengan langkah pertama, bahan-bahan yang diperlukan adalah tali rapia, mata pancing bertangkai panjang, dan dicadangkan disini penggunaan mata bersaiz 6/0, leader 60lb keatas sepanjang 2 depa, swivel secukup rasa dan batu hidup (Berlubang) bersaiz 3 kebawah dan untuk kemasan ikatan kita menggunakan shrink tube.
Mata pancing bertangkai panjang saiz 6/0 untuk cupak dan 8/0 keatas untuk GT
Leader dan tali rapia

Shrink Tube rubber
Langkah 2
Tali Rapia dipotong setengah jengkal, dan dipotong secukup rasa,sediakan lebih kurang 5-10 ulas tali rapia(ikut kesenangan), lg tebal lagi susah nak ikat. guna ikatan Uni-Knot Snell Version atau seangkatan dengannya..(ikatan yang disediakan dengan ikatan di pangkal hook) ikat bersama-sama tali rapia tu atau aku lebih gemar mengikat tali rapia itu dengan ikatan dengan braided dan dikemaskan dengan shrink tube rubber (Rujuk Gambar), kedua-dua kaedah ni bertujuan untuk mengelakkan tali rapia dari terlucut dari ikatan, bila diguna berulang kali.

Rapia yang telah dipotong

Hook dan rapia yg telah diikat dengan Braided.

Kemudian dikemaskan lagi dengan shrink tube

Langkah 3
Selepas tali rapia diikat dan dikemaskan, cerai-ceraikan tali rapia tu.

Lure rapia

Umpan bulu yang bersiap sedia beraksi..

Cara Penggunaannya.
Ikatkan leader sepanjang 2 depa tadi dengan ikatan clinch_knot . Sambungkan leader yang telah diikat dengan ikatan Blood_Bight_Knot1 dihujung leader untuk disambungan dengan swivel. Tetapi sebelum itu batu hidup bersaiz 3 hendaklah dimasukkan kedalam main line sebelum swivel diikat dengan ikatan clinch_knot. Ini untuk memastikan lure rapia ni sentiasa tenggelam semasa renangannya semasa dikarau laju.




Perambut yang dicadangkan.


Lepaskan main line mengikut arus air, arus laju lg bagus. selalunya klau nak main cupak ni dikawasan sempadan gelap dan terang. lepaskan main line sehingga kekawasan gelap (150m @ lebih), kemudian karau dengan laju.jgn berhenti walaupun ada rasa ikan menghenjutnya.. diyakini ikan dah menyambar rapia ni dengan kemas, hook up beberapakali untuk pastikan mata kail masuk dengan kemas kemulut ikan.

Selain Cupak, GT juga dikatakan berminat dengan umpan bulu rapia ni, cuma lokasi parking bot hendaklah dipastikan membelakangi kawasan permainan GT. Lazimnya Gt bermain dikawasan bawah api yang terang benderang pula, berbeza dengan cupak.

Ikatan-ikatan Asas Memancing


Didalam hobi ni, diantara perkara asas yang perlu dan wajib diketahui adalah mengenai ikatan-ikatan asas memancing. Disini aku dapatkan beberapa contoh ikatan-ikatan yang lazimnya digunakan.

Dropper_Loop
Ikatan wajip aku gunakan ketika memancing, ini kerana drooper loop ni dapat menyediakan ikatan yang boleh menjarakkan hook dengan main line pada setiap masa. Ini terjadi kerana buku ikatan yang diwujudkan di kiri kanan ikatan ni. selain itu aku juga gunakan ikan ni untuk kaedah flooting kerana ia juga boleh menjarakkan pelampung dan mata pancing. Kelemahannya pula, ada juga jenis tali yang boleh dan tidak boleh untuk ikatan ni disedikan. Pada ketika line yang tidak sesuai digunakan ia akan sedikit menggerinting disekitar ikatan atau line yang terlalu licin akan menyebabkan ikatan tergelincir atau terlucut.

Droper loop Ilustration



Blood_Bight_Knot1
Ikatan ini selalunya digunakan untuk menyediakan loop untuk sambungan swivel atau Hook berlubang. ini kerana ia mudah, cepat dan swivel yang disambung boleh dibuka semula dengan mudah. Kadang kala aku juga gunakan untuk sambungan batu ladung ke perambut. Tetapi kelemahannya sedikit kurang kemas untuk pancingan ikan yang biasa diasak pemancing kerana perambut akan sedikit berserabut.





clinch_knot
Ikatan untuk swivel yang kemas dan kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.





Midknot
Ikatan untuk penyediaan leader untuk aktiviti Jigging atau Popping. Ini kerana ketiga sessi pancingan untuk teknik ni, tali sepatutnya boleh keluar tanpa sekatan. Sekiranya sambungan menggunakan swivel, leader sepanjang 2 atau 3 depa tidak dapat diaplikasikan.Kelemahannya pula ikatan sedikit rumit dan lambat untuk disediakan.



Improved-trilene-knot & improved clinch knot
Ikatan untuk swivel yang kemas dan lebih kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.


improved clinch knot




Hangmans_Knot
Ikatan untuk swivel yang kemas dan kuat. boleh juga digunakan untuk ikatan penyediaan hook.




gt knot
Ikatan untuk penyediaan leader untuk aktiviti Jigging atau Popping. Selain ikatan Midknot seperti yang diterangkan seperti diatas ikatan ni boleh juga digunakan. Ini kerana ia mudah sedikit dari ikatan Midknot dan cepat disediakan. kelemahanyanya pula ada sedikit buku ikatan ditinggalkan dan ia boleh menganggu jarak balingan maksimum.




Blood Knot.
Untuk ikatan yang cepat dan pantas untuk menyambungkan 2 line. tetapi dirasakan tidak sesuai untuk sambungan braided kerana selain halus, braided juga licin untuk dpatkan grip ikatan yang baik.

Sebaiknya kita memahirkan ikatan, kerana sekiranya kita terkial-kial mengikat atau menyediakan perambut ketika bot sedang beroleng boleh menyebabkan kita mabuk laut!!.